Monday, 16 May 2011

~Chicken Roast D'lite~

Chicken Roast D'Lite




Harga :RM16 seekor

Lokasi :Hadapan Medan Selera Changlun

Waktu Perniagaan :10.00 pagi - 3.00 petang

*Sedia Menerima Tempahan*

Pilihan ayam yang segar dan terbaik
Dimasak secara panggang...sihat dan selamat
Dijamin sedap sehingga ratahan terakhir...

********************

Lokasi Kedudukan Chicken Roast

 D'Lite


********************
Resepi Ayam Panggang Ala Chicken Roast D'lite
 *Resepi ini telah diubah sedikit  dari resepi asal
untuk menambah keenakannya*


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 seduk minyak bijan
2 senduk madu (jika ingin rasa lebih manis boleh tambah lagi)
10 biji bawang merah
1 labu bawang putih
sedikit halia(dikisar sehingga lumat)
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa



Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama bahan kisar, minyak bijan,
madu, serbuk lada sulah dan garam sehingga rata.
Perapkan ayam selama semalam untuk menjadikan 
ia sebati bersama ayam.
Ayam sedia untuk dipanggang.



*Jika ingin rasa "ayam black papper", gunakan sos lada hitam yang siap di paket.

*Boleh juga ditukar kepada kepelbagaian rasa dengan menukarkan madu kepada 
sos lada hitam atau rasa yang asli tanpa menambah apa-apa bahan sampingan.

*Selamat mencuba...=)


********************
Kak Liza~Pemilik Gerai "Chicken Roast D'Lite"

Pembantu Kak Liza, Kak Asma sedang memanggang ayam


 Kak Liza sedang melayan pelanggannya. Kak Liza sangat peramah sehinggakan pelanggannya tidak jemu datang ke kedainya.

Kelihatan Kak Asma sedang meletakkan ayam pada pemanggang.


Kami bersama Kak Liza dan Kak Asma.

No comments:

Post a Comment